Lihatlah saya

Wednesday 25 January 2012

Lawatan Ketua Sektor...

Kelas Pendidikan Khas Intergerasi SK Lata Rek bertuah kerana mendapat lawatan dari tetamu yang disegani dan dihormati. iaitu Ketua Sektor ( KS ) Pendidikan Khas / Pendidikan Swasta Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan , Tn. Hj. Nasrudin  Bin Talib pada 16 Januari 2012.
     Sepanjang  lawatan KS beliau sempat beramah mesra dengan murid-murid Pendidikan Khas dan bersama guru-guru dan PPM disekolah tersebut. Lawatan awal tahun ini sedikit sebanyak menyuntik semangat para guru dan PPM dalam mendidik anak-anak istimewa ini.


Friday 20 January 2012

Warga Baharu

Unit Pendidikan Khas PPD Kuala Krai mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada 3 orang guru baharu KPLI dan PISMP yang ditempatkan di Kuala Krai.Dan juag guru yang baru bertukar ke Kelantan
         1.  Izzat Mustapha                                   - SK Pasir Gajah
         2.  Wan Mohd Irysam Fitri Wan Johari     - SK Pahi
         3.  Nurfatiwia  Mohamad Rose                - SK Kuala Krai - Dieklesia
         4. Asmat Omar                                        - SMK Dabong


Semoga dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan seronok di tempatkan disekolah berkenaan.
Selamat datang dan selamat menjalankan tugas.

Thursday 19 January 2012

SISOKU

Taklimat SISOKU telah diadakan pada 18 Januari 2012 jam 10 pagi bertempat di PPD Kuala Krai yang telah disampaikan oleh En. Azrol Azim iaitu Jurulatih Utama Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Kelantan.
Sebelum itu, sedikit taklimat ringkas tentang Pendidikan Khas telah disampaikan oleh En. Ahmad Latip Penyelia Kanan Unit Pendidikan Khas  JPN kepada 50 orang wakil sekolah-sekolah dalam PPD Kuala Krai

Mesyuarat Pertama Pemulihan- LINUS

Mesyuarat pertama tahun 2012 unit Pemulihan Khas diadakan sepertimana di bawah :
          Tarikh      :  17 Januari 2012
          Masa       :  9.00 Pagi
          Tempat    :  Bilik Mesyuarat PPD Pasir Mas

Mesyuarat kali ini di pengerusi okeh Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan

Sunday 1 January 2012

PPSAT 2012

Pemantauan Hari Pertama ( PPSAT ) Tahun 2012 akan diadakan pada 3 Januari 2012 serentak bagi PPD Kuala Krai. Sebagaimana tahun-tahun lepas , setiap Pegawai di amanahkan untuk menjalankan PPSAT . Tahun 2012 ini aku di amanahkan untuk membuat Pemantauan di 
 Sekolah Kebangsaan Lata Rek yang akan bermula seawal jam 7.00 pagi sehingga lewat petang.



     Aku merasa teruju dapat sekolah berkenaan , dan apa yang menguntungkan aku , sekali membuat pemantauan aku dapat menyelesaikan 2 tugas serentak......hahahahaha

Senarai Sekolah

Pemulihan Khas bagi PPD Kuala Krai sebanyak  41 buah di sekolah rendah